kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalahpenting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri. Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.
Sunday 4 December 2016
Barangan yang tidak boleh dikitar semula:
1) Tin cat
2) Tong sisa toksik
4) Mentol
5) Tingkap rumah
6) Aluminium foil
7) Bekas styrofom
8) Lampin pakai buang kanak-kanak
9) Bakas pembalut makanan
10) Kertas tisu
Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?
1) Kertas
- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya
2) Aluminium dan besi
- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam
3) Plastik
- Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya
4) Pakaian
- Pakaian-pakaian lama
5) E-waste
- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya
Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?
1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.
2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
6) Menjana pendapatan dengan mudah.
7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.
Definisi Kitar Semula
Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia). Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.
- Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.
Subscribe to:
Posts (Atom)